Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Rabu, Desember 28, 2011

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid



 AISHITERU

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
banyak segala misi dan ambisimu

akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


DISAAT AKU MENCINTAIMU
  
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi

Di saat aku mulai mencintaimu Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
 
Aku sangat mencintaSemoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta



"lagu ni betul2kn ingatkan aq sgalanya tntg dia,dia buat aq syg dia,cinta dia,rindu dia yg terlalu sgt2,smpaikan diri aq ni rs mcm dh xmmpu lau aq khlngan dia,sape tau tntg jdh akn dtg,lau sume org bley telek jdh akan dtg sume bley rilex n xyah bercinta or merasakn cinta,dan sbb 2lah Allah 2 mrhsiakan sesuatu dan menunjukkn sesuatu xsume bnda didunia kita ley lht melainkn dgn izinNya kan..mula2 aq xtau pun lagu ni,bila dia bg dgr aq rs seolah2 dia rs dkt dgn aq padhl hakiktny dia jauh...stiap kali aq dgr cnfirm rs sebak seolah2 aq fhm btul2 lg ni..Alhamdulilah skrg aq hanya perlu bersabar n berdoa agar aq n dia dpt bersama 1 hr nnti..."

Jumat, Januari 21, 2011

Hadirlah Kasihmu...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Dimalam ku menangis sepi..
Derita yg melanda hati..
Kerana dosa yg menyelimuti ku..
Ku pinta dari mu kasih yg suci dan sejati..

Dimalam sepi ini..
Ku lukis lagu rindu..
Menanti kasihmu..
Hadir dalam jiwaku..

Oh hadirlah cintamu..
Dalam hati nurani ini..
Pimpinlah daku dalam redhamu..

Dengarlah rintihan dari hambamu ini..
Ku pohon restu mu dan ampunan dari mu..
Oh tuhan dengarlah rayuan hatiku..
Ku sujud padamu tanda kasih sayangku..

Hadir hadirlah cintamu di hatiku..
Hadir hadirlah kasihmu di jiwaku..



Rabu, Januari 12, 2011

Ada kaitan rupenya..:D

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Bila aku baca tentang kajian ni kan,kadang-kadang macam ada persamaan je dengan aku,ish2..ley kata separuh ada persamaan.tp tak pelah sekurang-kurangnya kita ley kenal diri kita dari kajian ni,walaupun kekadangnya tak boley dipercayai tp kekadang gak ada kebenarannya.
Cuba lihat sape-sape yg lahir pada bulan ogos.Anda boley menilai diri anda dari pelbagai sudut,kadang-kadang diri kita ni,kita sendiri tak boley nak menilai,penilaian itu hanya datang dari orang yang melihat kita...:D...

OGOS


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Kamis, Agustus 05, 2010

Egokah aku???

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi"

Kata-kata ini memberi makna yang begitu mendalam dan seribu penyesalan bagi diriku,tetapi aku redha dengan ketentuan illahi,dan sememangnya aku buta akan apa yang ada didepan ku,aku tidak nampak kejujuran dan keikhlasan dia dalam menyayangiku,dan lantas Allah memberikan dia seorang yang lebih baik dari diriku.

Sejak pertama kali aku mengenali memang begitu kekok untuk aku selalu berhubung,tetapi itulah pengubat dikala kerinduan dan kesepian,apabila dia hadir seolah-olah dia membuka ruang untuk aku menerimanya tetapi aku belum membuat keputusan kerana perkenalan aku dgn dia terlalu singkat dan tidak boleh terlalu terburu-buru.

Detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,hari silih berganti,minggu bertukar minggu dan tahun berubah tahun,saat perkenalan aku dgn dia begitu mesra dan kekal lama dalam bertahun-tahun.

Kita semua akan matang apabila kita mulai meningkat dewasa,memikirkan hala tuju memikirkan itu ini,seolah-olah kita ingin menggatur langkah hidup untuk masa akan datang,satu masa yang agak membuatkan aku rasa terpingga dan terkejut,bahawa dia menyatakan perasaan yang tulus,ikhlas dan jujur dalam diri dia,suatu perasaan yang dia mengungkapkan tanpa rasa ragu-ragu,seolah-olah pasti aku akan menerimanya disisiku.

Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa,aku sebenarnya takut untuk membuat keputusan kerana aku takut untuk berhadapan dengan benda yang namanya "CINTA",aku diam sejenak dan waktu itu aku tidak terus membuatkan keputusan malah aku cuba untuk memahamkan sebenar erti cinta itu.

Alhamdulilah dia faham dan menghormati keputusan aku,sememangnya aku memang menyayangi dia tapi aku takut tidak dapat untuk memberikan yang terbaik buatnya malah aku takut aku akan menyakiti dan menzaliminya.Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ni Ya Allah,semoga engkau memberikan hidayah keatas diriku.aminn.

Selepas itu aku menyepi diri daripada dia tanpa ada khabar berita,aku tidak langsung berhubung dgn dia malah dia pun redha dengan keputusan yang aku buat.Aku menyepi bukan makna aku melarikan diri dari masalah tapi aku memikirkan tentang bagaimana untuk aku membahgiakan dia dan memberikan yang terbaik untuk dirinya.

Bertahun lamanya aku menyepikan diri darinya,dan hari itu aku mula kembali berhubung dan ingin memberikan jawapan kepada dia yang setelah lama dia harapkan pada aku tanpa rasa jemu dan bosan,tabah serta sabar.Malangnya jodoh aku untuk bersama dia tidak ada ruang dan kesempatan kerana hatinya Allah telah temukan dengan seseorang yang benar-benar menyayangi dan menyintai dirinya.Aku redha kerana Allah itu adil,Allah ingin melihat sejauh mana hambanya menghadapi dugaan.

Aku akur dengan kesilapan aku selama ni,aku tidak memberi sebarang khabar berita pada dia,hilang begitu sahaja selama bertahun lamanya,mungkin aku bukan lelaki yang terbaik buatnya kerana insan yang baik adalah untuk insan yang baik.

Bagi aku dia terlalu baik,dia kadang-kadang manja,pemalu,agresif,jujur dan rendah diri.Lemah betul pandangan aku sehingga aku tidak dapat melihat seorang begitu sayang kepadaku tetapi aku hanya buat tidak tahu,kini baru aku tahu nikmatnya menyayangi dan disayangi dan aku bersalah kerana tidak menghargai kasih sayangnya.

Aku berdoa agar dia sentiasa bahagia bersama orang yang menyayanginya.moga kekal hingga ke anak cucu,seribu keampunan aku pohonkan kepada dia atas segala kesalahan aku.Hadirnya insan yang tulus menyayangimu akan membawa kepada kebahagian dunia akhirat.

Inilah sahaja yang dapat aku luahkan,aku harap tidak ada orang lain merasakan sebegini,kalau kita benar-benar menyayangi seseorang luahkanlah kepadanya sebelum terlambat.Andai kata ia sudah berpaling maka janganlah memusuhinya sebaliknya kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia,moga kita akan dikurniakan seseorang yang sanggup menerima segala kekurangan kita.

wasalam.....

Dont play with LOVE..

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan dia sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang sucidan ikhlas,sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Janganlah kita semua sekali-kali menzalimi dan memain-mainkan cinta,kerana cinta itu adalah satu nikmat kurniaan Allah swt yang tidak ternilai harganya dengan wang ringgit,cinta itu terlalu dalam,suci,murni dan ikhlas,kerana cinta itu milik Allah bukan milik kita,sekali kita menzalimi cinta nikmatnya Allah akan ambil semuanya dan kita tidak dapat merasai cinta yang sebenar.


Ingatlah sesungguhnya cinta kepada Allah adalah
perkara yang sentiasa kekal didalam diri kita dan kekal hingga ke akhir hayat,dan jangan kita lupa segala-galanya yang kita punya ni adalah pemberiannya.

Oleh itu,cintailah seseorang yang benar-benar menyintai mu atas jalan untuk mendapatkan keredhaan dan kebahagiaan dari Allah untuk santapan dunia dan akhirat,kerana dia menyayangi dan menyintaimu kerana Akhlakmu,Agamamu dan Keperibadian mu.




Cinta itu seperti bunga yg harum dan segar dan jika kita inginkan kesegaran dan keharumannya kekal maka hendaklah kita bajainya dan siraminya sentiasa agar ia akan kekal keharuman dan kesegarannya...




Persembahan KEKAL 10 sempena PHMK 2010

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid



Pada tarikh 4 ogos 2010 malam,aku menjadi wakil johor sebagai pesilat untuk perayaan sempena hari kemerdekaan kali ke-53,turut menyertai wakil tersebut dari kalangan johor,Shamsul,Syakirin,Saifullah dan Zulhilmi serta wakil kedah adalah Fadhil dan Rahman.
Sebelum persembahan itu tiba kami bertungkus-lumus untuk menunujukkan beberapa aksi,adegan yang boleh dikatakan mantap,takut,seram dan ganas,dan itu adalah salah satu prinsinp dan adat persatuan kami.

Bagi aku nak mempersembahkan silat memang mudah tapi nak mengajar orang untuk mempersembahkan sememangnya sukar,maklumlah syakirin dan zulhilmi adalah orang yang terpilih secara langsung dan mereka pun sanggup berkhidmat untuk melakukan persembahan,malah mereka bukan sahaja ingin mempersembahkan untuk perayaan menyambut kemerdekaan tetapi mereka adalah ahli persatuan ini juga,dan mereka juga akan meneruskan silat ini dari generasi ke generasi pertubuhan silat seni gayong malaysia.

Setelah tiba hari tersebut dan hari yang bersejarah bagi kami kerana itu adalah pertama bagi kami melakukan persembahan.aku menelefon wakil kedah agar dapat berkumpul dirumah selangor untuk membincangkan gerak langkah didalam persembahan.



setelah tiba kami semua disana kami mula untuk memerhatikan ruang untuk persembahan tapi malangnya keadaan agak kelam kabut sikit kerana kesempitan ruang untuk melakukan persembahan,tapi itu tidakmasalah,kerana ruang yang kecil itu akan kami gunakan sebaik mungkin.

Kami semua diberitahu bahawa persembahan itu akan berlangsung dalam setengah jam lagi,so kami semua pun bersiap-siap menyalin pakaian lalu menuju kebelakang pentas.masa yang berlalu dengan pantas membuatkan kami merasakan satu debaran yang kuat seolah macam nak menghadapi peperiksaan,hihi...

Selepas itu waktu persembahan kami agak tergendala kerana sebelum disusuli program bersama pmram,jadi tidak menjadi masalah kerana kami ada kesempatan untuk melatih serba sedikit untuk mengingati langkah-langkah,dan tidak akan rasa ragu-ragu lagi untuk melakukan persembahan.

Pengacara majlis mempersilakan kami semua kepentas,dengan rasa penuh keyakinan dan niat yang ikhlas serta ilmu penuh didada kami memulakan persembahan dengan menyembahkan beberapa buah iaitu:

1.Tarian Solo oleh Abdul Rahman.

2.Gerakan Bunga Tanjung secara beramai-ramai.
3.Gerakan Anak Harimau 21 secara beramai-ramai.
4.Tempur Tangan Kosong(Pentas 2) oleh Syakirin dan Zulhilmi.
5.Tempur Tangan Kosong(Pentas 1) oleh Shamsul dan Saifullah.
6.Tempur Tangan Kosong(pentas 3) oleh Fadhil dan Rahman.
7.Lompatan Ruku.
8.Lompatan Pokok

Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana kami semua berjaya melakukan yang terbaik untuk semua,walaupan agak kelam kabut sikit dengan keadaan stage yang kecil tapi kami semua dapat memberikan yang terbaik,Alhamdulilah..

Setelah kami keluar kami bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan tanda rasa syukur dan terima kasih kerana kami semua dapat bekerjasama antara 2 negeri dan perhubungan itu tidak lah sampai di situ saja,insyallah..jika ada waktu lagi kita semua akan beraksi untuk melakukan persembahan...

Alhamdulilah setakat ini saja yang dapat aku tulis kan sempena PHMK,aku mengucapkan setinggi penghargaan kepada PMRAM kerana memanggil kami untuk melakukan persembahan dan syukran jazilan kepada yang terlibat,insyallah kita semua dalam kenangan mereka...

sekian wassalmmmm.......

Senin, Agustus 02, 2010

I'm back..

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah swt kerana dgn limpah dan inayahnya aku dapat menyambungkan karya aku dalam menulis blog ni.
Setelah sekian lama aku menyepikan diri ibarat tiupan angin yang berlalu pergi,tiada khabar berita dan tanda bak kata pepatah orang melayu "' ntah mati ntah hidup"
Aku merasakan sudah lama tangan ini sudah terhenti daripada menulis kata-kata,kini aroma dan nikmat menulis yang telah menghilang lama,kini telah aku perolehi kembali,aku harap aku tidak akan terhenti diseparuh jalan selepas ni.
Insyallah pada kali ni banyak yang akan aku coretkan di blog ni,nantikan kedatangan cerita-cerita hangat yang akan tiba,sekian saja mukadimah dari saya,
wassalam....