Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Sabtu, Juni 28, 2008

semangat yg kuat membuat kita berjaya....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


majlis penutupan hari kemerdekaan 2005


cara macam mana nak menanti serangan


salam kepada pembaca blog ini.....

Nama aku diberi shamsul bin mohd saaid oleh keluarga aku..masa dulu aku memang seorang yg degil,nakal dan terlalu kasar dgn adik beradik aku...kata org kira macam ketua samsenglah dalam citer my boss my hero tp tetap tak pandai dari dulu...lama-aku sedar akan kesilapan aku ni..aku rasa sgt bersyukur pada tuhan yg esa krn aku mempunyai saudarr kembar yg serupa,sama,dan macam-macamlah....adik kembar aku yg bernama shaiful...adik aku nie jenis pendiam sikit....kalau nak kata aku nie otai xlah otai sgt tp dia pun lbh kurang dgn aku..kira paling byk buat dosa aku lah..huhuhhuhu..ish3...teruk betul masa tue..dalam kehidupan aku dari kecil sampai besar xpernah xbergaduh,mesti nk gaduh punyer rrr...kami berdua dari kecil mmg jrg ada kawan dari luar maklumlah...umah kami nie pun jauh dari jiran2..so nk cari jiran mmg payahlah..huhuhhu....walaupun gaduh2 ttp baik gak nanti...
sebenarnyer aku bukan nk citer pasal hidup aku berkembar tau..just perkenalan jerk..bak kata org pmbuka ayat..huhuhuhuhu....aku nk cerita mcm mana kami mula terlibat dalam PSSGM,dulu mmg belajar silat mmg malas gilerrrrr rrrr....korg xtau mcm mana nk lulus ujian silat tue..bukan senang tau..tp yg penting usaha kita..aku mula2 belaja sejak tahun 1999..mmg bosan rrrr sbb xtau aper langsung..masa tue budak2 mentah klu gaduh pun men gigit2 hahahahahaha....xptt3......nie semua hajat ayah aku nk tgk anak2 dia jd pewaris silat seni gayong malaysia..apabila dipaksa dtg latihan,buat itu buat ini...lama kelamaan hati aku dh jadi sebati dgn silat gayong..korg xtau mcm mana perasaan aku masa tue..mmg best giler rrr..huhuhuhuhu,lagi2 ayah aku yg mngajar kan..klu salah sikit dia tunjuk yg betul..pastue tahun 2000 aku last belaja sbb dah nak nek sek menengahkan..sibuk rr sikit...masa tue aku kecewa gile sbb PSSGM,dh xdijalankn seperti biasa...kejam celik kejam celik setahun pun berlalu....
pada tahun 2002,aku masih mencari dimanakah byg2 silat tue..adkah masih wujud lagi dalam dunia @pun sekadr sementara...aku ingt betul masa tue..ayah aku nk tubuhkan silat kt sek men aku tue..so aku sokong rr...masa tue aku rs bngga giler lah bila tau PSSGM kt sek men aku akn ditubuhkan...akhirnya PSSGM berjaya ditubuhkan pd pertengahan 2002...masa tue mmg ramai kawan2 aku yg belajar silat...aku mmg xsangka silat yg aku pelajari dulu masih membawa smngt pada diri aku...akhirnya aku amik ujian untuk naik ke pelangi awan putih dan aku berjaya mendapatkanyyer..bangga xbangga lah kata org kan..huuhhuu...pada tahun berikut nyer aku berlatih bersungguh2 untuk mendapatkan pelangi awan hijau...tp masa tue dah xramai dah masuk silat..sbb mereka xtahan dgn latihan yg diberi...aku tetap dgn keputusan aku..aku xkn berpatah balik...aku ingin maju dari satu tahap ke satu tahap yg lain...pada saat akhir,hujung tahun aku berhasil mendapat pelangi awan hijau...
so,pasnie adalah cabaran yg paling genting dalam sejarah aku belajar silat bila mana nk amik pelangi awan merah...mmber aku pun ramai yg belajar separuh jalan sbb dah xtahan dgn latihan yg menyakitkan...aku berlatih bersungguh2 dan amik ujian pelangi awan merah..yg penting semangat kita meneruskan latihan walaupun sesukar mana kan.. tibalah saat yg dinantikan aku mengambil ujian pelangi awan merah...pada hari sabtu tgh hari lak tue...ish3...panas3....erm...tp aku gagal dalam ujian pada tahun tue so aku cube tahun depan lagi..dan pada masa tue,,aku rasa dah lengkaplah segala-galanyer...untuk aku hadapi ujian kali kedua nie...aku harap aku akan dapat naik pelangi awan merah... punyer lah gementar masa tue tp aku buat2 cool jerk lah..yg penting xgelabah kata org..huhuhuhuhu..aku xsangka ujian kali ini buat aku naik dan dpt pelangi awan merah....aku rs bersyukur sgt2..erm..nmpaknyer cabaran pertama,kedua,ketiga dah lepas dah..alhmdulilah...erm..kwn2 kan bagus klu ko teruskan usaha korg yg telah blaja bersama aku..insyallah pas nie ko xkn rs kesakitan lagi k...erm...kini aku mula mengajar di sek aku n sek tinggi..sbb tue lah amanah yg diberikan oleh guru2 aku...
kawan aku menyeru kpd sesiapa yg belaja satu ilmu,belajalah hingga habis.. insyallah akn dapat manfaatnyer nnti...aku rasa ni jerk yg aku nk citer..dah lah eak..penat aku tulis panjang2 nie...thnxs rrr korg sudi membaca blog aku nie..salam ukhuwah dari aku...shbt seislam....

Minggu, Juni 08, 2008

Wanita yg aku sygi........(",)...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencita agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjug tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari

Sesungguhnya
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku

hari itu adalah kenangan....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang

sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..

lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan

jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…

manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

sahabat....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri..Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung keranaMempunyai seorang sahabat yang memahami kita…Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuranSeorang sahabat, begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita ...

Selasa, Juni 03, 2008

kasih yg hilang....(",)..

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Bila hati diusik sepi,
Tragedi hitam menari diri,
Mungkinkah jua kau dan aku,
Masih bertanamkan harapan,
Harapan yang masih tiada pernghujungnya....
Senyummu berbungakan kesinisan,
Penuh makna sukar ditafsirkan,
Senyumku berbuahkan keraguan,
Intai kemanisan dibalik hempedu,
Mungkinkah akan kutemuinya?....
Lalu bisakah aku tersenyum?,
Kucari setiap imbasan silam dulu,
Gagal dalam penantian dan harapan,
Masihkan ada sinar untukku darimu?....
Kenapa engkau dan aku,
Disatukan dalam irama yg palsu,
Menghiburkan hati dikala sepi,
Menghadiri dikala keseorangan....
Izinkan aku mengutip serpihan itu,
Kasih yang lalu pernah terbiar,
Bertaburan dipantai duka,
Agar kasihmu bercantum semula,
Bersama dengan kasih ku,
Agar dapat kulihat bayangmu,
Adakah sama seperti hari ini....

kasih seorang kawan...........

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Tidak terasa bila dia pergi,tapi sayu bila dia tak kembali,,,,,,,,mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memilikinya tapi tak menghargai,,,,,,,dia datang tanpa seruan,dan dia pergi tanpa alasan.kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan,kerana hadirnya anugrah yang tiada bandingan.kerana itu jua ukhwah kita,ukhwah fillah.......thank you Allah 4 the give of PERSAHABATAN...maka hargailah sebuah persahabatan itu....

Ragam manusia

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

kita takkan sedar sehingga kita kehilangan dia....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

life's changing every moment,life is now a shade,life is now a sunshine,every moment on earth,live life to the fullest,whatever time you have is yours,for tomorrow might never come,someone to love you with all his heart,it is difficult to come by,should there be some one like that,he is the one for you be sure,his hand you must take,for all you know,tomorrow might never be,every moment on earth,live life to the fullest,whatever time you have is yours,for tomorrow might never come.......