Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Selasa, April 28, 2009

Untukmu Sahabatku...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Sahabatku...

Kita BERJUMPA kerana TAKDIR,
Kita BERKAWAN kerana SAYANG,
Kita BERSAMA kerana KEINGINAN,
Kita BERSATU kerana HATI,
Kita KEKAL kerana KUATNYA UKHUWAH..

Tapi yang penting semuanya kerana ALLAH,

Bukan MUDAH untuk kita KEKALKAN,
Bukan MUDAH untuk kita TERUSKAN,
Bukan MUDAH untuk kita TEGUHKAN,
Bukan MUDAH sehingga SEKARANG..

Terimalah dia yg seadanya...
Janganlah kita mengharapkan kesempurnaanya...
kerana kita juga tak sempurna..



Senin, April 27, 2009

Hari-hari yg berlalu bagai angin lalu...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid




Hari ini telah berlalu dgn begitu cepat tanpa kita sedari,tapi apa yg kita lakukan untuk hari ini,dan adakah kita pikir apa yg kita nak lakukan untuk hari esok,yg kita fikir hanyalah nak jalan-jalan dan happy-happy,sy akur sy pun macam tue gak dan sy tak nafikannya..manusia boleh berubah tapi dia memerlukan masa..
Kepada semua kawan-kawan curilah masa itu dengan bijaksana,sy ni pun tak lah baik dan bijak mana,pergi cc juga,jalan-jalan dan macam-macam.Sy nak berubah perlukan sahabat yg boleh membantu sy untuk mencapai perubahan,sy tak ingin sikap yg dulu ada pada sy lagi dan tetapi satu sikap saja yg sy tak akan ubah iaitu GARANG..hehehe2...
Kawan-kawan imtihan dah nak semakin hampir,apakah yg kita lakukan sekarang,adakah happy-happy,bukan kan,so kita mulakan diri kita untuk study dan sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah kerana kita sudah kesempitan waktu,kita yg perlku kejar waktu jgn sampai waktu yg menghampiri kita,so pesanan untuk diri sy dan kawan-kawan belajar sungguh-sungguh jgn hampakan harap yg berada dimalaysia,jd kita buatlah yg terbaik dan termampu dalam peperiksaan akan datang dan seterusnya dan harap bukan kali ini saja kita bersungguh-sungguh tetapi sampai akhir hayat kita..insyallah..


Minggu, April 26, 2009

Manusia dan Taubat.....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid




Salam kepada semua kawan-kawan,harap semuanya sehat selalu..diambang imtihan yg semakin hampir sy nk minta maaf sgt-sgt kat kawan-kawan segala salah silap yg dilakukan,walaupun hari ini bukan hari raya tp sy rasa mcm tak selesa bila segala kesilapan dan kesalahan tak diluahkan diblog nie.kita semua disini hanya ada kawan-kawan,dialah tempat kita bergembira,dialah tempat kita bergaduh,dialah tempat kita mengadu dan dialah tempat kita bersuka-ria,dan dialah tempat kita meluahkan segala perasaan...
Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur atas nikmat dan kurniaanmu yg telah diberi kepada aku,selama ni aku gagal dalam menikmati kurniaanmu dengan sebaik-baiknya...
Ya Allah,lindungilah sahabat-sahabatku,ibubapaku dan seluruh umat islam kerana hanya engkau yg mampu menjaga mereka dari diriku yg lemah ini ya Allah..
Erm...bila sy dgr lagi ini rasa mcm nak menangis dan menjerit sekuat hati tp sy tak mampu sbb ini kawasan awam,nanti apa pula mereka kata..hehe2..lagu ini wat sy ingat segala salah silap sy yg telah lalu,ia membuatkan hati sy menjadi lembut dan rasa kerdil padamu Ya Allah..dosa-dosa yg sy lakukan tak sempat sy pohon dari kawan yg telah kembali kepada Allah..moga Allah menyampaikan ampunan kemaafan kepadanya..aminn...
Ya Allah engkau berikanlah Pelangi untuk setiap Hujan yg turun..Ya Allah engkau berikanlah Senyuman untuk setiap Kesedihan..Ya Allah engkau berikanlah Rahmat untuk setiap Dugaan...Ya Allah berikanlah Kekuatan untuk setiap Cubaan...dan Makbulkan lah untuk setiap dan Doa dan Permintaan kami...(asykuru ya Rabbi)...
kawan-kawan jom sama kita hayati kita nikmati kita dengari lagu ini,lagu ini kepada kita semua.Setiap kejadian manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan,hanya Allah yg tau rahsia kehidupan kita."Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu,sehingga dia mengubah nasibnya sendiri"..
Erm..kepada kawan-kawan sy rasa sampai sini yg mampu sy tuliskan dan luahkan,hari ini baru ada yg nk ditulis dalam blog ini sbb dah lama tak posting entri baru kerana tak ada idea yg datang dan lagi sekali sy ingin memohon maaf kepada kawan-kawan dan semua..do da best in ur exam..k chaiyok2..
wassalam...





Taubat Seorang Hamba- Irsyadee Ft. Hafiz hamidun Mp3 Codes

Rabu, April 22, 2009

Lafaz yg tersimpan.....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


Hidup ni kadang-kadang tidak selalunya indah..Hidup ni ibarat roda yg sedang bergolek-golek,sekejap ia berada diatasdan sekejap ia berada dibawah..bila difikir-fikir kembali,hidup ini memang terlalu singkatkan..sampai kita tidak sedar yg zaman semakin berlalu hari demi hari...sy pasti setiap orang pasti kenangan yg boleh dikongsi atau sebaliknya,dan apa yg sy leh kongsikan dengan kawan-kawan,sy akan kongsikan bersama..
Sebelum saya tiba di Mesir ini pada tahun 2007,saya dapat rasakan seperti saya akan belajar perkara baharu didunia baru dan mungkin bagi saya banyak pengalaman yang saya akan dapat disitu,saya seolah-olah bersemangat dan terlalu gembira untuk datang kesitu,walaupun hati ibubapa saya berat untuk melepaskan saya untuk belajar disana tetapi mereka tetap akur dengan pilihan saya.
Terlihat diwajah mereka seperti berat untuk merelakan saya pergi,air muka mereka membuat hati saya berbolak-balik untuk ke Mesir,tetapi naluri hati saya berkata dan berkeputusan untuk ke sambung belajar ke Mesir.Dalam tempoh sebelum pergi ke sana,saya selalu mengisi masa lapang saya bersama mereka,mungkin disitu mereka akan luahkan apa yang mereka rasakan.
Tarikh 23 september 2007 telah termaktubnya penerbanganku ke Mesir,saya memberitahu mereka tentang perkara ini,mereka begitu resah dan bimbang kerana mereka merasakan telalu singkat dan pantas saya bersama mereka lalu aku akan berangkat tetapi itulah yang mereka perlu hadapi,saya memenuhi masa-masa sunyi mereka dengan berbual-bual,walaupun saya tak menzahirkan kedukaan saya untuk meninggalkan mereka tetapi saya cuba buat yang terbaik untuk mereka supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang ganjil dan mereka akan rasa gembira dan tenang dengan pemergian saya ke Mesir.
Bermula tarikh 22 september saya dan sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur untuk bermalam dirumah kak long saya tetapi sayangnya seluruh keluarga saya pergi kecuali ayah,memang pelik dan ganjil dengan sikapnya,walaupun kadang-kadang dia selalu dingin dengan saya,saya dapat rasakan dia memang begitu sedih dengan pemergianku,sungguh kecil disudut hati untuk berkata-kata dengan saya,lalu saya meminta izin,kerehdaan dan doa kejayaan untuk saya disana nanti.
Saya memang tak sanggup untuk menitiskan airmata kerana saya tak nak dia merasakan kesedihan,saya pun mengucapkan salam dan selamat kepada ayah dan terus berangkat dengan adik-beradik saya yang lain.
Erm,setibanya saya di Kuala Lumpur hati saya teringat ayah yang dikampung,saya tidak putus-putus mendoakan dia selamat dikampung..Setelah bermalamnya saya dirumah kak long saya mereka tidak putus memberikan kata-kata semangat dan macam-macam kata.
Menjelang pagi inilah hari yang bersejarah bagi saya untuk pergi jauh.kami bergerak pagi untuk ke lapangan terbang KLIA.Flight saya tengah hari,saya berdoa moga tibanya saya datang ke Mesir akan merubah diri saya dan keluarga saya..
Saat tibanya di lapangan terbang KLIA,hati saya berdebar-debar laju ibarat dikejar anjing,mungkin kerana inilah kali pertama saya belajar di Mesir.Terlihat diwajah anak-anak saudara saya riang ketawa dan gembira,mereka tidak mengerti akan saat itu,yang terlihat adalah pada wajah airmuka mereka yang sedih dan gembira akan permergian aku..saya dan keluarga tunggu ditangga flight untuk mendengar pengumuman tentang tiket,nampaknya mereka terlihat jam saja.kerana telah diberitahu flight kami lagi setengah jam,saya jadi bingung dan tak tentu arah sebab kali pertama meninggalkan keluarga untuk bertahun lamanya,tik tik tik tik,jam menunjukkan lagi beberapa minit untuk bergerak,saya pohon kerdhaan dari ibu dan adik-beradik atas permergian ini.saya memeluk mereka buat kali terakhir,pada anak-anak saudara saya ia tak mengerti bahawa perginya saya akan membawa bertahun-tahun untuk kembali,sudah berbunyi pengumuman untuk bergerak,saya mengucapkan selamat tinggal dan meminta doa kejayaan dan ada masa kita berjumpa lagi akan datang..segala-gala lafaz yg tersimpan telah saya ucapkan pada semua,walaupun hati cuba untuk bertahan dan menyorokan rasa tetapi saya tak sanggup untuk berpura-pura..saya melambaikan tangan saat terakhir,dan saya harap mereka dapat menerimanya...
Ya Allah Ya Tuhanku tabahkanlah hati mereka untuk menanti kepulanganku yg bertahun-tahun,kuatkanlah iman mereka,tetapkanlah iman mereka dalam ajaranmu dan permudahkanlah segala-gala urusan mereka....aminnn Ya Rabbal Alamin...