Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Jumat, Oktober 16, 2009

Berjalan-jalan sekitar Kota Alexandria...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Tenangnya hati saat memerhatikan keadaan sekeliling kubu ini,saat kaki terhenti disitulah tempat aku mengenal sebenar erti diri ini.Diri yang tidak pernah kenal erti penat,tanpa rasa jemu tetap melangkah dan terus melangkah menuju destinasi sebenar.Terlihat sana sini perniaga yang menjual bermacam-macam cendera hati yang memukau hati bila memandangnya.
Aku pun berlalu pergi menuju ketepi laut,bagaikan terasa angin-angin yang memukul laut seperti memukul sesuatu yang berada didalam lautan,percikan air yang memercik ke arah aku akibat dari pukulan ombak yang memukul benteng aku berdiri begitu menyegarkan diri kembali walaupun terlalu letih berjalan untuk sampai disini.



Terlihat laut yang luas terbentang yang menyedapkan lagi mata memandang,sungguh agung ciptaannya,kadang-kadang bila kita sendirian bukanlah bermakna kita tidak berteman tetapi sebenarnya tuhan sentiasa bersama-sama kita,cuma kita lalai akan illahi,dan bila kita sendiri membuatkan kita kenal erti hidup serta ciptaan tuhan yang sungguh agung dan tak ternilai.



Hati yang kerdil selalu tertanya-tanya,adakah aku akan rasa kegembiraan hari ini untuk esoknya atau selepasnya,sesaat aku mengelamun memandang laut sambil menitiskan airmata penyesalan,penyesalan atas segala dosa-dosa yang aku lakukan dahulu.Adakah aku akan kekal diri aku sebegini untuk selamanya tetapi hidup manusia ini seperti roda kadang-kadang berada diatas kadang-kadang berada dibawah,manusia perlu masa untuk berubah dan kita perlu juga hidayah Allah untuk berubah.



Aku kembali tersedar dari khayalan sesaat akibat bayu angin yang kencanng menghempas diri,terasa diri ini ingin terapung-apung ingin mngikut angin pergi kesana kemari,letih kian pudar dan aku bangkit dan menuju disekitar kawasan kubu itu.
Jika ada cerita yang seronok lagi aku akan postkan lagi,tapi nampaknya waktu sekarang ini tidak mengizinkan..

Akhir kalam "Semoga Allah memberikan Pelangi untuk setiap Hujan,Senyuman untuk setiap Tangisan,Makbul untuk setiap Doa,dan Kekuatan untuk setiap Dugaan dan Cubaan"