Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Jumat, September 18, 2009

Kehidupan dan Raya......

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Alhamdulilah syukur pada Allah s.w.t atas kurniaannya yg menguatkan diriku dalam menueruskan kehidupan,onak duri yg ku rempuh selama bertahun-tahun masih kian terasa peritnya walaupn hati ini ingin mengalah namun semangat juang hidup membuatkan diriku mengenal erti hidup yg sebenar...
Bertahun-tahun diri ini terasing dari rumpun kehidupan nun jauh disini meninggalkan yg lain namun kehidupan yg baru ini mengajar aku erti berdikari.Dahulunya aku tidak mengenal erti sabar,erti berdikari dan erti kehidupan dalam kehidupan.Kesabaran diri mereka mengajarkan aku tentang segalanya tanpa bosan menasihati ku supaya tidak lalai.
Aku bersyukur,kerana iman ku masih padamu Ya Allah...Esok adalah hari terakhir utk aku berpuasa setelah bertahun-tahun tidak berpuasa bersama keluarga,sekian lama aku berada disini meninggalkan mereka dan mereka masih menanti-nanti.Dalam jelingan pandangan mereka terlintas memikirkan kepulangan aku,mengharapkan aku kembali,tetapi inilah keputusan yg aku buat.Aku harapkan kejayaan aku buat mereka disana...
Kepada Abah,Mak,Kak Long,Kak Intan,Kak Zila,Abg Emi,Kak Ikin,Boboy dan semua yg mengenali kita,Ingin sekali menghulurkan tangan tetapi tidak sampai dan hanyalah kata-kata yg mampu kita coretkan.kita mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua disana,moga kehadiran syawal yg kali ini membuatkan kamu semua gembira walaupun tiada kita,anggaplah kita ini sedang dalam berjuang untuk kamu semua,dan doakanlah segala kebaikan kepada kita dan semua,agar kita senantiasa dibawah rahmat serta lndungannya..aminn....



Akhir kata dari kita dengan beberapa pantun....

Main mercon atas jambatan,
Balik rumah kena rotan,
10jari kita hulurkan,
Salah dan silap harap maafkan,
Selamat hari raya kita ucapkan...


hah ni pulak yg versi minang kerbau lak..heheh2...

Eden tak ghotie berpantun,
Den cakop yo la yo,
Den nak mintak maaf kok yo den ade buet salah kt kome,
lupo den kok kome mkan kuih jgn lupo kt den yo,
selamat hari rayo yo....


Kususun 10jari,
Membuka erti kata dihati,
Semoga 36 anak harimau diberkati,
Lambang panji Melayu Jati,
Salam 7 petala langit 7 petala bumi...


Semoga kamu sekalin diberkati,
30 juzuk akan kuhayati,
Semoga diri kamu akan ku ingati,
Selamat hari raya menjelang nanti,
Maaf zahir batin dari insan yg merendah diri ini...


Selamat hari raya pada keluargaku yg berada di Malaysia,harap senantiasa sehat,sabar dan tabah,dan pada kawan-kawan di Malaysia dan Mesir tidak dilupai juga,selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin,semoga raya ini akan mengajar kita erti hidup yg sebenar walaupun tanpa mereka disisi.....wassalam...