Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Jumat, Mei 15, 2009

Akhirnya terpisah jua.......

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid


Telah tiba saatnya keluargaku menerima ahli baru dalam keluarganya,saat-saat yang ditunggu akhirnya tercapai juga,senyuman yang terlalu lebar dan gembira diwajah mereka kerana memiliki kembar iaitu aku dan adik kembar aku...berbulan-bulan lamanya kami dikandung ibu akhirnya kami selamat dilahirkan..ayah yg tidak putus-putus syukur kehadrat ilahi atas kurniaanya kami kepada mereka...akak-akak dan abang yang terlalu gembira sehingga lupa akan kerja mereka..nama dipanggil untuk adik shaiful dan saya shamsul.....

Bermula detik-detik pembesaran kami yang dijaga oleh mereka,layanan mereka yang tidak cukup tangan melayan kerenah kami yang tidak henti-henti,mereka tidak merasakan keletihan bahkan mereka seronok memiliki kembar dan suka melihat gelagat kami sejak kecil..
Bermula lah detik perbelajaran kami,kami dihantar oleh ayah dan ibu ke Tadika Kemas Kg Tgh,dan tadika tue pun tidak jauh dari tempat tinggal kami..
kami pergi ke Tadika dengan baju,kasut beg dan topi yang sama,ia membuatkan orang tertarik dengan gelagat kami..hehe2....sebenarnya kembar ini memang ada minat yang sama,bila satu ada baju lain dan sorang lagi mesti nak yang sama gak macam kembar dia,itulah kami sejak kecil banyak je yang sama..

Tragedi yang berlaku semasa kami kecil buat saya ingat sampai sekarang,bila diingat kembali saya rasa nak tergelak sendiri pun ada tapi itulah hakikatnya yang kami lakukan sejak kecil..hahahha3...
kami berdua akan menyediakan sebatang kayu,dan bila terdengar posmen datang,kami datang kepada dia untuk meminta getah surat tapi posmen tue langsung tidak endahkan permintaan kami..
apalagi dengan kayu yang ada,kami kejar dia dengan kayu sampaikan ibu dan ayah tergelak melihat gelagat kami yang memperambatkan posmen..

Selepas kejadian itu berlaku posmen itu berjaga-jaga dan menyediakan getah untuk kami setiap kali datang menghantar surat...sungguh melucukan pada diri ini...alangkah seronok masa zaman kecil tapi setiap orang akan terus dewasa dan matang...selepas tadika berakhir,mulalah sesi baru untuk kami di Sek Ren Kg Tgh di darjah 1 hingga 6...banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku tapi kalau nak ceritakan memang terlalu panjang..post yang ini just nak buat yang singkat je dan tidak terlalu ikut peringkat demi peringkat pembesaran kami...

Terasa jauhnya keluarga dan seksanya duduk diasrama Maahad Johor..ikutkan hati saya nak balik tapi inilah cita-cita saya untuk terus belajar di Maahad untuk ke Mesir,bila saya rasa nk jumpa kembar,saya akan turun ke bilik 307 dari 406 iaitu bilik saya,ramai kawan-kawan tidak sedar bahawa kami ini kembar sehingga suatu ketika saya turun rehat Ustazah Huda berbual ngan saya,"shaiful awk tak pergi makan ke?saya pun beritahu dia..."ustazah saya bukan shaiful saya shamsul" malah dia kata saya tipu,saya pun biar je lah...hehehe3 teruk kan..

Suatu petang yang agak pelik tapi saya sendiri tidak merasakan pelik,adik saya jumpa ngan saya nak minta duit syiling..saya kata dengan dia "tak ada dan cubalah minta pada member rapat"saya tidak syak wasangka apa-apalah..dan saya ingat dia nak telefon,sebab petang itu kami baru tiba Maahad selepas ponteng 1 minggu bersama-sama..ish3..ape nak jadilah yer...
Keesokannya nama-nama yang ponteng dipanggil oleh Ustaz wahid termasuk nama saya pun ada....
saya disoal bagaikan seorang penjenayah olehnya sehingga tidak sedar apa yang berlaku sebenarnya..kembar saya cabut dari Maahad selepas berjumpa dengan saya untuk meminta syiling dan keputusan nya dia menamatkan persekolahannya ditengah jalan,tinggal saya terkapai mencari sesuatu untuk terapung,akhirnya saya berjaya menamatkan di Maahad Johor tanpa kembar saya.....
kenapa dengan adik saya???

Impian kami memang ingin keMesir sejak sek men tapi adik kembar saya sudah lemas ditengah lautan dan sudah tidak mampu untuk berenang hingga ketebing,saya sungguh terkilan dengan dia tapi saya tidak marah dan benci malah saya sebagai abang kembarnya hormat akan keputusannya dan sentiasa mendoakan kejayaannya kepada bidang lain....tidak sangka sejak lahit hingga 17 tahun kami sentiasa berada ditempat yg sama tapi tidak lagi sekarang..saya datang ke Mesir tanpa kembar saya....yang dulu sentiasa bersama-sama akhirnya terpisah jua.....tuhan memang sentiasa menguji umatnya dengan bermacam cara,kadang-kadang sedih sebab dia terlalu cepat membuat keputusan,sedangkan saya sentiasa menyokong dia walaupun kadang-kadang kami juga ada bergaduh...kalau gaduh sekalipun tidak kemana..kami tetap kembar...setibanya di Mesir merasakan pelengkap diri tidak ada untuk bergaduh,hehehehehe....tapi itulah yang saya lalui selama bertahun-tahun dimesir...dapat sesuaikan diri saya dengan keadaan sekeliling...rindu dan sayang terlalu sgt buat mereka...mereka telalu banyak mendoakan menyokong saya...saya tidak akan menghampakan mereka....

Buat Adik Kembar doaku sentiasa memayungimu agar rahmat Allah tidak pernah berhenti mengenaimu..agar hidup sentiasa lebih dalam jagaan Allah dan dalam keberkatan...walaupun kita jauh dimata kini aku tidak pernah lupakan kau..aku sentiasa berdoa kepada Allah agar berjayanya kita untuk mereka..moga ada jodoh kita semua akan bertemu kembali...saat itu pasati akan tiba walaupun entah bila akan tiba tetaplah hati kamu dalam keredhaan,ketabahan,ketenangan dan kesabaran...

Pergh letih tangan saya menulis post tentang tajuk ini..memang memenatkan dan melatihkan tapi itulah yang kita akan ingat selamanya.....sekian wasalam.....wallahualam....

Tabah hadapi ujiannya....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Janganlah engkau tangisi dan bersedih atas pemergiannya,dan janganlah engkau memenuhi setiap usiamu dengan kesedihan yang sia-sia,walaupun hingga menitiskan airmata darah sekalipun ia tidak akan mengembalikan orang yang telah mati kepada kita sebaliknya kita perlu tabah dan meredhakanlah pemergianya dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar rohnya sentiasa dibawah limpah rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
Perginya dia kerana Allah s.w.t lebih menyanyangi dia dan bahkan semua itu adalah ujian dari Allah s.w.t kepada kita,Allah s.w.t ingin melihat bagaimana cara kita menghadapi ujian dan dugaannya.lemparkan senyuman dan kegembiraan diwajah walaupun dihati terasa begitu sedih,resah dan merana kerana kehilangannya..perginya memang satu kekurangan dan itu tidak bermakna apabila perginya dia kita tidak punya kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan tanpa dia disisi tapi itulah hakikat sebenarnya,manusia yang hidup akan kembali hanya pada Allah s.w. t,cuma kita tidak tahu bilakah tiba masanya dan dimanakah kita berada untuk kita kembali padanya....
Firman Allah s.w.t didalam surah Yassin ayat yg ke-83 bermaksud "Maka mahasuci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala-gala sesuatu dan kepadanya kamu kembali"
Oleh itu janganlah kita bersedih akan setiap yang berlaku kepada kita,kerana hanya Allah sahaja yang tahu susur galur kehidupan manusia seharian bahkan hanya dia yang mampu menolong kita,
Firman Allah s.w.t didalam surah Al-baqarah ayat yg ke45 bermaksud "Dan mintalah kamu akan pertolongan dari Allah dengan jalan bersabar dan bersolat,dan sesengguhnya tidaklah berat sabar dan bersolat itu melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.."
Sesungguh janganlah kita bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita,panjatkan segala doa kepadanya kerana kita akan memperolehi ketengan di dalam hati..tiada dua dan ragu-ragu kita kepadanya kerana dialah tuhan semesta alam..

Mungkinkah apabila manusia ditarik nyawanya dan sebelum itu diberitahu tentang perkhabaran hari kematiannya,mungkin manusia akan berlumba-lumba berbuat amal dan kebajikan kerana takutnya pada hari pembalasan Allah s.w.t.Jesteru itulah Allah s.w.t merahsiakan hari kematian manusia agar mereka sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja..
Bak kata pepatah "Yang telah tiada usah dikenang dan yang hidup teruskanlah perjuangannya kerana misi kita belum selesai hingga akhir hayat"wallahualam...

Jumat, Mei 08, 2009

I'm failed about something...

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid



Sungguh jauh diriku dari dirimu,hatiku sering dibelenggu rindu memang sukar untuk kita bertentang mata dan bergurau senda,ia hadir dalam sekelip mata,yang lalu biarlah berlalu dan yang sekerang kita nantikan bersama-sama.walaupun kita berada ditempat berbeza aku tidak pernah sekali melupakannya... Hati aku memang begitu sedih sekali dan pilu..aku rasa seperti diri aku ni sudah melalaikannya,Ya Allah Ya Tuhan aku harap tidak sekali aku pernah melupakan dia..aku terlalu alpa dan lambat dalam mengucapkan kepada dia..kerana dia lah yang telah menjaga aku sejak aku lahir hingga dewasa.Dia tahan dengan bermacam-macam karenah yang berbagai,dia tidak pernah kenal erti kebosanan dan keperitan serta kebencian dengan sikapku..yang hanya pada dia adalah kesyukuran kepada Allah yang tak pernah putus atas kurniannya aku kepada dia... Ya Allah sungguh bertuah aku memilikinya,aku bersyukur sangat kepadamu...aku bermohon engkau lindungi dia dan kuarganya dari malapetakamu Ya Allah...aku akur denganmu kadangkala aku selalu angkuh dan lalai dengan nikmat yang telah engkau berikan kepadaku,ya Allah aku rasa diri ini begitu hina dan tidak layak untuk meminta apa-apa darimu Ya Allah kerana sikapku..tetapi engkau telah berfirman akan ada janji buruk dan janji baik yang akan engkau berikan... Setiap malam dia bangun dari tidurnya tanpa rasa penat dan lelah akibat tangisan dariku yang tidak henti-henti,aku rasa terlalu besar perngorbananya kepada aku,tidak termampu aku membalas budinya sejak aku lahir hingga kini,terlalu besar bagiku dan aku akan cuba memberikan kepada dia kejayaan yang diinginkannya.. Aku harap kawan-kawan pasti tidak lupa kepada dia iaitu ibu kita,selagi masih sempat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada dia,ucaplah ye..aku pun sebenarnya tak tau bila hari ibu,bila aku dengar nasyid fm mereka ada membacakan ucapan untuk hari ibu,aku terkejut kerana tak sempat nak ucapkan kepada dia,tapi itu tidak bermakna aku melupakan dia..aku sayang kepada dia dan kuarga aku...aku harap kepada sesiapa yang tiada ibu,kita doakan kepada rohnya agar dia dicucuri rahmat,rohnya tenang dialam sana,serta dia ditempat orang-orang yang beriman dan solehah....aminnn ya robbal alamin....
Wahai ibuku Siti Aminah Binti Mohd Arif,ingin sekali anakmu mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari lahir kepadamu,walaupun aku tau ini sudah terlambat..ia tidak bermakna engkau dilupakan,doaku kepadamu moga Allah melindungi,memberi rahmat dan memberkati ibuku dan sekeluarga...