Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Jumat, Mei 15, 2009

Tabah hadapi ujiannya....

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Janganlah engkau tangisi dan bersedih atas pemergiannya,dan janganlah engkau memenuhi setiap usiamu dengan kesedihan yang sia-sia,walaupun hingga menitiskan airmata darah sekalipun ia tidak akan mengembalikan orang yang telah mati kepada kita sebaliknya kita perlu tabah dan meredhakanlah pemergianya dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar rohnya sentiasa dibawah limpah rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
Perginya dia kerana Allah s.w.t lebih menyanyangi dia dan bahkan semua itu adalah ujian dari Allah s.w.t kepada kita,Allah s.w.t ingin melihat bagaimana cara kita menghadapi ujian dan dugaannya.lemparkan senyuman dan kegembiraan diwajah walaupun dihati terasa begitu sedih,resah dan merana kerana kehilangannya..perginya memang satu kekurangan dan itu tidak bermakna apabila perginya dia kita tidak punya kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan tanpa dia disisi tapi itulah hakikat sebenarnya,manusia yang hidup akan kembali hanya pada Allah s.w. t,cuma kita tidak tahu bilakah tiba masanya dan dimanakah kita berada untuk kita kembali padanya....
Firman Allah s.w.t didalam surah Yassin ayat yg ke-83 bermaksud "Maka mahasuci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala-gala sesuatu dan kepadanya kamu kembali"
Oleh itu janganlah kita bersedih akan setiap yang berlaku kepada kita,kerana hanya Allah sahaja yang tahu susur galur kehidupan manusia seharian bahkan hanya dia yang mampu menolong kita,
Firman Allah s.w.t didalam surah Al-baqarah ayat yg ke45 bermaksud "Dan mintalah kamu akan pertolongan dari Allah dengan jalan bersabar dan bersolat,dan sesengguhnya tidaklah berat sabar dan bersolat itu melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.."
Sesungguh janganlah kita bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita,panjatkan segala doa kepadanya kerana kita akan memperolehi ketengan di dalam hati..tiada dua dan ragu-ragu kita kepadanya kerana dialah tuhan semesta alam..

Mungkinkah apabila manusia ditarik nyawanya dan sebelum itu diberitahu tentang perkhabaran hari kematiannya,mungkin manusia akan berlumba-lumba berbuat amal dan kebajikan kerana takutnya pada hari pembalasan Allah s.w.t.Jesteru itulah Allah s.w.t merahsiakan hari kematian manusia agar mereka sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja..
Bak kata pepatah "Yang telah tiada usah dikenang dan yang hidup teruskanlah perjuangannya kerana misi kita belum selesai hingga akhir hayat"wallahualam...

0 komentar: