Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Kamis, Agustus 05, 2010

Dont play with LOVE..

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan dia sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang sucidan ikhlas,sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Janganlah kita semua sekali-kali menzalimi dan memain-mainkan cinta,kerana cinta itu adalah satu nikmat kurniaan Allah swt yang tidak ternilai harganya dengan wang ringgit,cinta itu terlalu dalam,suci,murni dan ikhlas,kerana cinta itu milik Allah bukan milik kita,sekali kita menzalimi cinta nikmatnya Allah akan ambil semuanya dan kita tidak dapat merasai cinta yang sebenar.


Ingatlah sesungguhnya cinta kepada Allah adalah
perkara yang sentiasa kekal didalam diri kita dan kekal hingga ke akhir hayat,dan jangan kita lupa segala-galanya yang kita punya ni adalah pemberiannya.

Oleh itu,cintailah seseorang yang benar-benar menyintai mu atas jalan untuk mendapatkan keredhaan dan kebahagiaan dari Allah untuk santapan dunia dan akhirat,kerana dia menyayangi dan menyintaimu kerana Akhlakmu,Agamamu dan Keperibadian mu.




Cinta itu seperti bunga yg harum dan segar dan jika kita inginkan kesegaran dan keharumannya kekal maka hendaklah kita bajainya dan siraminya sentiasa agar ia akan kekal keharuman dan kesegarannya...




0 komentar: