Sinaran matahari yg menerangi jutaan manusia...

Tanpa cahaya manusia akan berada dalam kegelapan.. Tanpa cahaya juga manusia akan menjadi kelam kabut.. Tiada cahaya tiadalah makna bagi kita..ibaratnya mencari semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam..mencari itu bukan senang inikan pula nak menilai..hargailah kasih sayang seorang sahabat kerana perginya nanti tidak siapa yg dpt mengantinya...

Assalammualaikum Semua

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bik Wa Syukran Jazilan Wa Jazakallahu Khair Ala Ziaratan Alaiya

Kamis, Agustus 05, 2010

Egokah aku???

Diposting oleh Shamsul Bin Mohd Saaid

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi"

Kata-kata ini memberi makna yang begitu mendalam dan seribu penyesalan bagi diriku,tetapi aku redha dengan ketentuan illahi,dan sememangnya aku buta akan apa yang ada didepan ku,aku tidak nampak kejujuran dan keikhlasan dia dalam menyayangiku,dan lantas Allah memberikan dia seorang yang lebih baik dari diriku.

Sejak pertama kali aku mengenali memang begitu kekok untuk aku selalu berhubung,tetapi itulah pengubat dikala kerinduan dan kesepian,apabila dia hadir seolah-olah dia membuka ruang untuk aku menerimanya tetapi aku belum membuat keputusan kerana perkenalan aku dgn dia terlalu singkat dan tidak boleh terlalu terburu-buru.

Detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,hari silih berganti,minggu bertukar minggu dan tahun berubah tahun,saat perkenalan aku dgn dia begitu mesra dan kekal lama dalam bertahun-tahun.

Kita semua akan matang apabila kita mulai meningkat dewasa,memikirkan hala tuju memikirkan itu ini,seolah-olah kita ingin menggatur langkah hidup untuk masa akan datang,satu masa yang agak membuatkan aku rasa terpingga dan terkejut,bahawa dia menyatakan perasaan yang tulus,ikhlas dan jujur dalam diri dia,suatu perasaan yang dia mengungkapkan tanpa rasa ragu-ragu,seolah-olah pasti aku akan menerimanya disisiku.

Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa,aku sebenarnya takut untuk membuat keputusan kerana aku takut untuk berhadapan dengan benda yang namanya "CINTA",aku diam sejenak dan waktu itu aku tidak terus membuatkan keputusan malah aku cuba untuk memahamkan sebenar erti cinta itu.

Alhamdulilah dia faham dan menghormati keputusan aku,sememangnya aku memang menyayangi dia tapi aku takut tidak dapat untuk memberikan yang terbaik buatnya malah aku takut aku akan menyakiti dan menzaliminya.Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ni Ya Allah,semoga engkau memberikan hidayah keatas diriku.aminn.

Selepas itu aku menyepi diri daripada dia tanpa ada khabar berita,aku tidak langsung berhubung dgn dia malah dia pun redha dengan keputusan yang aku buat.Aku menyepi bukan makna aku melarikan diri dari masalah tapi aku memikirkan tentang bagaimana untuk aku membahgiakan dia dan memberikan yang terbaik untuk dirinya.

Bertahun lamanya aku menyepikan diri darinya,dan hari itu aku mula kembali berhubung dan ingin memberikan jawapan kepada dia yang setelah lama dia harapkan pada aku tanpa rasa jemu dan bosan,tabah serta sabar.Malangnya jodoh aku untuk bersama dia tidak ada ruang dan kesempatan kerana hatinya Allah telah temukan dengan seseorang yang benar-benar menyayangi dan menyintai dirinya.Aku redha kerana Allah itu adil,Allah ingin melihat sejauh mana hambanya menghadapi dugaan.

Aku akur dengan kesilapan aku selama ni,aku tidak memberi sebarang khabar berita pada dia,hilang begitu sahaja selama bertahun lamanya,mungkin aku bukan lelaki yang terbaik buatnya kerana insan yang baik adalah untuk insan yang baik.

Bagi aku dia terlalu baik,dia kadang-kadang manja,pemalu,agresif,jujur dan rendah diri.Lemah betul pandangan aku sehingga aku tidak dapat melihat seorang begitu sayang kepadaku tetapi aku hanya buat tidak tahu,kini baru aku tahu nikmatnya menyayangi dan disayangi dan aku bersalah kerana tidak menghargai kasih sayangnya.

Aku berdoa agar dia sentiasa bahagia bersama orang yang menyayanginya.moga kekal hingga ke anak cucu,seribu keampunan aku pohonkan kepada dia atas segala kesalahan aku.Hadirnya insan yang tulus menyayangimu akan membawa kepada kebahagian dunia akhirat.

Inilah sahaja yang dapat aku luahkan,aku harap tidak ada orang lain merasakan sebegini,kalau kita benar-benar menyayangi seseorang luahkanlah kepadanya sebelum terlambat.Andai kata ia sudah berpaling maka janganlah memusuhinya sebaliknya kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia,moga kita akan dikurniakan seseorang yang sanggup menerima segala kekurangan kita.

wasalam.....

0 komentar: