Pada tarikh 4 ogos 2010 malam,aku menjadi wakil johor sebagai pesilat untuk perayaan sempena hari kemerdekaan kali ke-53,turut menyertai wakil tersebut dari kalangan johor,Shamsul,Syakirin,Saifullah dan Zulhilmi serta wakil kedah adalah Fadhil dan Rahman.
Sebelum persembahan itu tiba kami bertungkus-lumus untuk menunujukkan beberapa aksi,adegan yang boleh dikatakan mantap,takut,seram dan ganas,dan itu adalah salah satu prinsinp dan adat persatuan kami.
Bagi aku nak mempersembahkan silat memang mudah tapi nak mengajar orang untuk mempersembahkan sememangnya sukar,maklumlah syakirin dan zulhilmi adalah orang yang terpilih secara langsung dan mereka pun sanggup berkhidmat untuk melakukan persembahan,malah mereka bukan sahaja ingin mempersembahkan untuk perayaan menyambut kemerdekaan tetapi mereka adalah ahli persatuan ini juga,dan mereka juga akan meneruskan silat ini dari generasi ke generasi pertubuhan silat seni gayong malaysia.
Setelah tiba hari tersebut dan hari yang bersejarah bagi kami kerana itu adalah pertama bagi kami melakukan persembahan.aku menelefon wakil kedah agar dapat berkumpul dirumah selangor untuk membincangkan gerak langkah didalam persembahan.

setelah tiba kami semua disana kami mula untuk memerhatikan ruang untuk persembahan tapi malangnya keadaan agak kelam kabut sikit kerana kesempitan ruang untuk melakukan persembahan,tapi itu tidakmasalah,kerana ruang yang kecil itu akan kami gunakan sebaik mungkin.
Kami semua diberitahu bahawa persembahan itu akan berlangsung dalam setengah jam lagi,so kami semua pun bersiap-siap menyalin pakaian lalu menuju kebelakang pentas.masa yang berlalu dengan pantas membuatkan kami merasakan satu debaran yang kuat seolah macam nak menghadapi peperiksaan,hihi...
Selepas itu waktu persembahan kami agak tergendala kerana sebelum disusuli program bersama pmram,jadi tidak menjadi masalah kerana kami ada kesempatan untuk melatih serba sedikit untuk mengingati langkah-langkah,dan tidak akan rasa ragu-ragu lagi untuk melakukan persembahan.
Pengacara majlis mempersilakan kami semua kepentas,dengan rasa penuh keyakinan dan niat yang ikhlas serta ilmu penuh didada kami memulakan persembahan dengan menyembahkan beberapa buah iaitu:
1.Tarian Solo oleh Abdul Rahman.
2.Gerakan Bunga Tanjung secara beramai-ramai.
3.Gerakan Anak Harimau 21 secara beramai-ramai.
4.Tempur Tangan Kosong(Pentas 2) oleh Syakirin dan Zulhilmi.
5.Tempur Tangan Kosong(Pentas 1) oleh Shamsul dan Saifullah.
6.Tempur Tangan Kosong(pentas 3) oleh Fadhil dan Rahman.
7.Lompatan Ruku.
8.Lompatan Pokok
Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana kami semua berjaya melakukan yang terbaik untuk semua,walaupan agak kelam kabut sikit dengan keadaan stage yang kecil tapi kami semua dapat memberikan yang terbaik,Alhamdulilah..

Alhamdulilah setakat ini saja yang dapat aku tulis kan sempena PHMK,aku mengucapkan setinggi penghargaan kepada PMRAM kerana memanggil kami untuk melakukan persembahan dan syukran jazilan kepada yang terlibat,insyallah kita semua dalam kenangan mereka...
sekian wassalmmmm.......
0 komentar:
Posting Komentar